Friday, August 28, 2009

Perosak Kenduri Kawen




Hari nie... me nak berkongsi satu cerita yang kurang enak. Dah lama dah tersimpan dalam hati. Dalam banyak2 hal, ada beberapa perkara yang menjadi "Perosak Kenduri Kawen" me.


Perosak yg dtg dari tetamu undangan takmau ceritalah.Maafkan aje.
Perosak yang datang dari saudara-mata...haih tutup mata!
Perosak yang datang dari seorang kawan pun ada juga.
Tapi "Perosak Kenduri Kawen" yang sorang ni sangat bahaya.


"PKK" ini masih hijau dalam kerja-kerja kahwin.
Sponsor sana sponsor sini bukan main.
Bila bercerita ttg konsep macam dia sorang yang penting.
Pada future bride & groom you have been warning! (nak gak rhyme tu)




p/s: Syukurlah all my other vendors were excellent.
Semuanya bagi lebih. Tak ada yang kurang.
Lebih cantik, lebih cameraman, lebih hour, lebih committed.
Alhamdulillah.




Sunday, August 23, 2009

Done!

Yes, I'm done and over with the wedding.
Everything turned out to be beautiful.. just the way I imagined it to be.
And I'm very grateful... syukur pd. Allah yang satu.
Kalau bukan dengan kehendak-Nya...takkan sume yang kita rancang berlaku.


Info bits:
Date: 1.8.2009
Venue: Ampang
Pelamin: Creative Elements
Makeup: Fiza Zainuddin
Dress: Man Kajang
Photo: Green Apple
Food: D'Saji Felda

Saturday, August 22, 2009

Sebelum & Selepas

Kalau nak cerita bab sebelum dan selepas, memang melampau banyak yang terjadi. Me cadang nak kena buat series of before & after entries :) Yang paling penting untuk entry nih nak kena tunaikan janji. Dah lama Sasabby menanti :)


#1. Cerita baju. Me ada 4-pasang baju sebenarnya. Baju nikah + reception di KL by Man Kajang. Baju reception di Negeri-9 dan baju bertandang di Kedah. Tapi bila my dad tengok baju nikah itew,dia nak suruh pakai that dress empat2 kali. Huhu.

#2. Cerita warna baju. Off-white for nikah. All white for reception. Lavender for Negeri-9. Black+Grey for Kedah.

#3. Cerita banyak pun tak guna. Ini gambar2 baju reception time gi fitting ;) Enjoy it!
Check this out!


Sesi berangan


Boo checking out my shoes sbb tinggi sangat! huhu!




Thursday, August 13, 2009

Alhamdulillah...Mrs. Dahhhh :)


Date: 1/8/2009

Day: Saturday


Alhamdulillah...hari nih dah masuk hari ke-13 Me & Afnal disatukan.Buat masa ni tak rasa sangat perbezaannye sebab blum lagi duduk sebumbung. Dia kerja di Utara. Me di KL. Esok kita semua ke sana la untuk majlis bertandang. Dan mestilah me ditinggalkan duk sana sekejap kan. Tak bersedia sebenarnya. Lebih2 lagi bila my one and only niece Khairyn has become more attached to me. Pagi2 bangun dah tarik Aunty Ina dia. Waaa...husband, can we plz stay here in KL :))

Anyways...

I've tried to upload our nikah montage but it's taking too too long!

Ini je dulu...jap letak lagi ;)










Thursday, July 23, 2009

Syukur

Alhamdulillah...saat ni:

1. Pelamin rumah dah datang bincang. Sumernye OK.
2. Semalam dapat jumpa Kak Fiza makeup for nikah. Juga OK.
3. Arini nak jumpa Udey for the first time. Nervous la! hihi.
4. Malam ni try baju sanding together with Boo @Kajang. *can't wait*
5. Monday plak jumpa Sher for decor dulang hantaran.

Minta dipermudahkan semuanye.

*nota kaki*
tengok lah...semua dah start tulis dalam bentuk point form jek.
heheh..tak kuasa nak mengarang dah.
lepas dah semua selesai,bukan takat karangan.
cerpen pendek & novel bergambar aku terbitkan.huhu.

Saturday, July 18, 2009

Empat Belas Hari Lagi

Apa yang dibuat bakal pengantin 14-hari sebelum hari nikah nyer?
Orang lain macam banyak tapi saya...erm. Takde apa pun?
Patutkah aku mula risau? Hmm..check-list sumer dah bertanda.
Ada beberapa perkara jek lagi la.


1. Pelamin rumah sampai skang tak datang bincang
2. Make-up pun tak pernah contact lepas dah booked
3. Photographer sanding pun tak pernah jumpa
4. Deco dulang hantaran pun sama



Dorang sumer nih pro-pro belaka.
Patutkah aku risau? Hmm..


Wednesday, July 15, 2009

Flashback pagi

Hmmm...pagi-pagi bangun arini rasa sayu plak tiba-tiba.
Tak lama lagi semua yang dirancang sejak Oct 2008 nak jadi dah.
Insya Allah.Kelakar gak bila ingat balik.Lain yang plan, lain yg jadi.


*REWIND*
Raya bulan Oct 2008 lepas Mr. A datang setelah sebulan tak jumpa.
Puasa takleh la jumpa.Tapi memang sebulan atau 2bulan baru dapat dating.
Sebab dia duk jauh kat utara.So berpoya-poya lah seperti biasa.
Kebetulan me family tiba-tiba nak buat open house tertutup.
So me pun suggest Mr.A join sekali.


Me: 'Jom la datang raya syg.Leh SLOW-TALK ngan ayah sy'
Mr.A: 'Huish.Tak boleh.Belum masa nyer lagi.Nanti laaa'
Me: 'Me tak paksa.Tapi kan best raya sama takde la nnt tension dtg semuka'
Mr.A: 'Nanti la kay.Tahun baru 2009 org dtg jumpa'


Alih-alih esok nye Mr.A tetiba excited nak datang beraya.
Sebab takut datang sorang nanti berpeluh-peluh.Hehe.Orang ramai kat rumah.
Meriah hari raya takde la cuak sangat kata dia.
Ayah excited sangat jumpa Mr.A
Sebenarnya dia dulu yang kenal Mr.A sebelum saya.
Dorang sama-sama hiking gegunung kat Mesia ni.So takde la kekok sangat.Terus...
Bila borak berdua,ayah tak kasi saya join.
Dah habis cerita-cerita ayah ajak makan ramai2.
Giat ayah introduce Mr.A kat semua.Uncle-uncle & Aunties sumer pun ada.
Apa cerita nih?


Me: 'Ok ke syg.."
Mr.A 'Ayah awak soh kawen tahun baru nanti..'
Me: 'What!2009 tak bleh.2010 laa'
Mr.A 'Cakap dah.Dia takmau'
Me 'Mati aku'
Mr.A 'Sama la saya'

Hehehe..kesimpulan nye...memang kita manusia merancang je.
Allah dah lama tentukan.Dan saya minta dan berdoa biarlah ia terlaksana.
Sejak dari raya itew....banyak sangat me dan Mr.A berbalah.
Bukan je ngan Mr.A, dengan ayah, dengan mama especially.
Hari ni...adalah saki-baki sikit lagi nak bergaduh,tak puas hati,pening2,tertekan,jerit sana sini.
Pasni ada ke...?
Minggu depan sure riuh nye dah lain.
Rasa rindu nanti bila semuanya dah berakhir.
Haihhh.